Want your
own Fotopage?














 
My Precious Family- Fairuz_Nadia_Hayyan_Harraz FotoPage

By: Sharifah Nadia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Jan-2008 06:15 Email | Share | | Bookmark
New Year @ Hospital PUSRAWI

Salam..bersua kembali selepas lama x updet fp ni...

Salam Tahun baru sekali lagi kepada semua. Mesti semua masih segar masuk tahun baru. Masing- masing tentu dah tanam azam dan impian yang ingin dicapai sepanjang tahun ini. InsyaAllah, sama- sama kita doakan yang terbaik untuk semua.

Sekadar nak bercerita tentang memori kami sekeluarga menjelang tahun baru 2008. Our beloved son, Muhammad Zarif Hayyan dimasukkan ke hospital pada 31 Disember 2007 yang lalu selepas muntah dan cirit- birit selama beberapa hari. Dia start muntah selepas balik dari nursery hari Sabtu (29/12/2007). After 4-5 times muntah, kitorang ambil keputusan untuk bawa Hayyan ke Hospital PUSRAWI KL. Langsung tak makan apa- apa. Makan je, muntah semula. Susu pun macam tu jugak. Masa tue dah hampir pukul 12 tengah malam. Jumpa doktor, doktor check and doktor kata ada masalah 'tonsil'. Tonsil bengkak dan saluran sempit, itu la sebabnya dia 'tolak' apa sahaja makanan yang dia makan. Ambil ubat dan balik.

Ingatkan dah ok, rupanya tidak. Dia berhenti muntah tapi start cirit- birit pulak on Sunday. Tapi tak terus bawak hospital lagi. Kitorang tunggu dulu...tengahari...petang...malam pun masih cirit birit, tak jugak kurang. Again, 11 lebih hari Ahad tu, bawa semula ke Hospital PUSRAWI KL. Doktor check dan still ambil ubat dulu. Selesai ambil ubat, balik semula ke rumah (Nasib baik la tak berapa nak jauh).

Esoknya (Monday-31/12/2007), Abi gi kerja macam biasa and Mama ambil keputusan untuk jaga Hayyan kat rumah je (Emergency Leave). Nak hantar gi nursery pun, dia asyik cirit- birit je. tengahari tu, dia masih cirit- birit. Nampak gayanya, kena la jugak masuk hospital sebab badan dia pun dah lembik sebab kehilangan banyak air dalam badan. Lepas Asar, Mama, Moksu Ain and Tok Aboh bawa Hayyan gie Hospital PUSRAWI KL semula and terus kena tahan wad. Doktor masukkan air (air garam) dalam badan. Petang tu, lepas balik kerja, Abi terus ke Hospital PUSRAWI KL. So, malam tu Mama and Hayyan sambut Tahun 2008 kat hospital. After 3 days at the hospital, doktor benarkan Hayyan balik. Alhamdulillah dia kembali pulih seperti sediakala. Kembali melompat dan berjoget...

alahai...ciannye hayyan....
takpe..takpe...nak besar dah tu...
lompat lagi..tinggi2...yiiihaaa!!!
Sat 19-Jan-2008 14:34
Posted by:khairyn's momy
lyn,x payah suruh lompat lagi tinggi pun dia akan buat sendiri.huhuhuh..anak aku makin besar skang n yang paling buat aku pening dia makan banyak akal n notty.latest dia geget org kat nursery sampai luka.uhukkkss... Thu 24-Jan-2008 04:55
Posted by:mamaHayyan
Add comment


Friday, 19-Oct-2007 04:09 Email | Share | | Bookmark
Hayyan's favourites !!

 
 
 
View all 4 photos...


Hayyan sekarang dah masuk 1 tahun 8 bulan 2 minggu dan 5 hari.hehhee...dah besar rupenyer anak bujang mama sorang ni.Entry kali ni nak cerita pasal Hayyan lah.Dia skang dah pandai and banyak cakap.Nak kata macam orang tua belum lagi.Tapi consider mulut bising n sangat bising kalo dia bercakap sorang2 dalam keta.Hayyan ada beberapa benda yang dia sangat suka.

#1-Binatang.

* Ayam - sangat teruja kalo nampak ayam hidup.bukan ayam goreng yeeee..Maklumla kat KL mana ada orang bela ayam kokokkkok kat taman perumahan.Bile sesekali terjumpe ayam hidup dia mesti jerit kuat2 " AYAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM" .Pergh kadang2 mama n abi kene sound dia suruh slow sikit.

* Ikan - Suka sangat tegur ikan walaupun ikan tu dah mati.Especially bile pegi Giant nak beli ikan.Sibuk dia tunjuk2 ikan tu sambil panggil " fish,fish,fish" . Ada sekali tu dia sebut " ikan" , mama plak sebut fish.Macam nak bergaduh pun ada.Last2 abi kata betul la tu mama.Ikan tu fish la.Terkejut mama.Haah la bi betul la.Apa la mama nih.Sambil mama blah membuat muka malu.

* Burung - sangat suke burung.Sebab pagi2 nak pi school mesti nampak banyak burung2 bertenggek kat kabel letrik depan umah.bukan sekor dua.tapi banyak banget.Hayyan bising panggil bird..bird..bird.Tapi kadang2 dia confuse bird ngan ayam.nape tah.mungkin sebab muke lebey kurang kot.

* Kambing - hah ni binatang yg paling current hayyan discover.Sama la jugak mcm ayam,bukan boleh selalu jumpe.Mama pun jarang nampak kambing,apatah lagi Hayyan.hehehheee..Hari tu masa nak balik kl lalu kat marang.Kebetulan banyak pulak kambing2 comel kat tepi jalan tu.Hayyan terus je mengajuk bunyi kambing.Embek...embekk..embekk...mama heran la pulak sebab x penah ajar dia pasal kambing.emm heran..heran...

#2 - Kenderaan

* Motor - Ini adalah satu kenderaan darat yang paling Hayyan suke.Dia panggil motor "ottor" .Kat umah KL x de motor,so Hayyan cume boleh lepas gian naik motor bila balik Seberang takir je.Lain tempat x dapat.kalo balik S.T,tok aboh siap bawak jalan2 pusing pantai.best sangat sampai x mo turun.Jangan x tau ye,dia tau kat mana nak cucuk kunci motor.Cume coordination je x betul lagi.Nanti besar sket silap2 dia boleh tolong start motor.huuhuuhuh..bahaya tu!

* Bas,Lorry & LRT - Hayyan panggil bas apa tau.."Bai".Lori dia panggil "ory".Ok la tu.Sekurang2 dia kenal mende2 tu.Kadang2 dia siap babai orang dalam bas.kalo nampak LRT plak dia teruja semacam jek.Sian anak mama.X penah naik lrt.nanti mama bawak naik ok.

* Kapal Terbang - Hayyan panggil "aebang" .kadang2 nak tergelak pun ada.Siap buat bunyi lagi tu.wiung..wiung...wiung..dengan tangan2 sekali berpusing2.hehehee...Hayyan penah naik aebang ni masa dia umur 7 bulan.Masa tu x tau apa2 lagi.Kalo naik time skrg ni mesti dia teruja sesangat.

Benda2 lain..dia suka air.X kira la air laut ke ,sungai ke,kolam ke,air pancut ke semua dia suke.Air laut dia panggil "aut" .balik trg kan ada laut.seronok x hingat.Walaupun umag S.T sangat la dekat ngan pantai,sekali pun mama x pernah bawak hayyan pegi pantai.huhuuh...masa dok kt kampung x teringin plak nak pegi pantai,bile dh balik kl teringat2 pulak nak bawak hayyan main air laut.Emmm itu la..orang kata,bila dah depan mata sikit pun tak nak hargai,tapi bila jauh baru la teringat2....

Hayyan sekarang kalo nak makan dia pandai mintak.Dengan penuh sopan santun dia mintak.." Nak cikit.." .Kalo x nak pulak,na nak atau na nakkkkkkkkkkk!!! menjerit dengan penuh perasaan.

Yang paling best bila dia panggil mama dengan penuh manja siap senyum menawan lagi."Mamaaaaa...." kadang2 "Abiiiiii....." .Hayyan panggil ala2 menegur la.Especially bila dia baru nampak kita.Dulu masa hayyan kecik2 dia sebut "Momma " .Bunyi mama tu sebutan bulat jer.tapi skang dah okay.Pronounce canteeekkk..

Emm...Hayyan pun suke nyanyi.Tapi AWAS,kalo dengar dia nyanyi kite buat derk jer..jangan tegur atau apa.Sebab dia akan automatically stop nyanyi.Selalunyer kalo dalam keta dia nyanyi,mama n abi akan pandang each other n senyum sendiri.hehehee...Lagu paling dia suke nyanyi ialah Twinkle2 Little sTar,I love u ( lagu barney) ,burung kakak tua n nenek 2 si bongkok 3.Walaupun ada sesetengah senikata tu mama x baper nk paham,tapi melodi masih sama.

Emm kalo nak ikutkan banyak lagi benda2 hayyan suke.Tapi mama x larat dh nak tulis banyak benda lain nak buat ni.Sambung lagi nanti.

suz,aku skng tengah musim x de mood.nak keje pun malas.cemana la aku ni..demotivated pun ada.nak updet fp??malehhh Wed 28-Nov-2007 08:44
Posted by:mamaHayyan
hayyan g school dahh?? Hantar kat Mana?? Educare?

comel laa gamba dia pakai spek tu
Fri 28-Dec-2007 16:25
Posted by:diba n co  - [Link]
diba,hayyan pi school kat IIC jer.Educare is meant only for UIA staff kan?? Staff IIC x dapat la privillage mc staff UIA sbb kita lain2 management.Hayyan sekolah kat nursery I-Care kat kolej jer.. Fri 11-Jan-2008 06:07
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Friday, 19-Oct-2007 02:38 Email | Share | | Bookmark
Hayyan @ Seberang Takir , Kuala Terengganu.

 
 
 
View all 11 photos...
Since kat Seberang Takir x ada gambar2 raya,mama amik jugak gambar2 hayyan without baju raya tapi ada satu dua yang pakai baju melayu.ada gak yang pakai songkok tp pakai casual.Most of the pictures sume amik ngan sepupu2 hayyan n untie jan.The rest aksi2 hayyan menyepahkan umah.Besides,hayyan jugak ada sessi kelas tuisyen ngan kak pina n kak rossa.hehehee...

Pic ni amik kat beranda umah tok,lepak2 tengok ayam.Hayyan suke tengok ayam.Lepas tu dia jerit "AYAMMMMMMMMMMMMMMM".



Amboih..ni plak aksi manja hayyan ngan untie jan.Untie jan le yg rajin snap gambar hayyan sana sini.



Ini pulak aksi mat rempit.Dalam umah pun Hayyan bole merempit.Kalo kita hadang laluan dia akan kata "Tepi,tepi,tepi" sampai la kite bagi jalan.Car ni memang favourite hayyan.Balik kampung pun bawak balik so that dia boleh main n x sepahkan barang kat umah tok.



haa ni Hayyan ngan perangai suke godek laptop.Abis sume key ditekan nyer.nasib baik x terdelete apa2.Siap pakai songkok lagi tu.Dia x baper suke pakai songkok,tapi kalo kita nak suruh dia pakai kita kene cakap "hayyan ensem la pakai songkok".Then baru la dia pakai.Pakai pulak macam budak nakal.Songkok tolak ke belakang. Emm Hayyan..Hayyan..




Emmm.. ni muka monyok sebab mama paksa pakai baju melayu yang untie jan bagi.X sempat pakai pagi raya sebab balik trg raya ke-2.Walaupun baju tu besau sgt tapi mama usahakan lipat kaki seluar dan lengan baju.Tu yang orang tu muncung jerrrrrr....


Ini plak sessi mari melukis dalam kelas tuisyen kak pina.Habis orang tu punyer pensil hayyan rembat.Mamat kecik ni left-handed.Sume guna tangan kiri.Makan pun sama.Tapi alhamdulillah bila mama train Hayyan kalo makan guna tangan kanan,dia ikut.


Actually,ada 3 org lagi sepupu Hayyan tapi x dak dalam gambar sebab hilang pegi mana tah.tapi yang dua orang ni antara sepupu yang dah besar n boleh kow tim ngan hayyan walaupun mamat ni main menan derang.Derang x kisahhhhh...

selamat hari raya..
maaf zahir dan batin
Fri 19-Oct-2007 03:09
Posted by:jasfyra  - [Link]
hayyan makin naughty tapi cute larrrr
bile nak ajak mama n abi raya umah auntie suz?
leh geng dgn sofy naughty hehe..
Fri 19-Oct-2007 03:57
Posted by:maklang sofy
untie suz,buat ler open house insyaallah kami sampai.heheheee... Fri 19-Oct-2007 04:57
Posted by:mamaHayyan  - [Link]
Add comment


Thursday, 18-Oct-2007 05:52 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya @ Batu Gajah,Perak.

 
 
 
View all 8 photos...
Tahun ni kami sekeluarga beraya di Batu Gajah dulu.Hari raya ke-2 baru la kami bertolak balik ke Kuala Terengganu.Macam biasa gambar2 raya cuma diambil di rumah yang raya pertama je dulu.Maknanyer gambar raya kat Kuala terengganu takde.huhuhuhuhu....jelas ngan adik-beradik lain yg ada gambar raya kt K.T.nak amik gambar raya kat K.T pun x sempat sebab masa banyak dihabiskan melawat sedara mara kat sana.Itupun x habis pusing sbb masa suntuk sebab mama dah kene kerja hari ni ( Khamis-18/10).

Semalam bertolak dari Kuala terengganu pukul 11.30 pagi.Sampai KL pukul 7.20 lebih kurang.emmm boleh tahan letih tapi nasib baik tok aboh n maksu ain ikut sama so perjalanan x boring n lebih ceria.hehehhe...

Oppss..abi dah sampai.Sambung nanti!!


Care to comment?


Monday, 17-Sep-2007 07:32 Email | Share | | Bookmark
1ST NATIONAL SEMINAR - EARLY CHILDHOOD DEVELOPMENT

 



Salam...

Dear Mommies..

This is very good exposure for everyone especially parents because this seminar will discuss about our child development from 0 month and above.

Tahun lepas saya dah join seminar ni tapi tahun lepas lebih international sebab speaker dr seluruh dunia.Seminar tahun lepas tajuk " International Conference on Early Childhood Education 2006 ".Tahun ni lebih kepada macamana nak optimumkan kebolehan anak2 kita.Kali ni ramai local speaker.5 perempuan n sorang lelaki.

So cepat2 register ,early bird RM300 sahaja.Insyaallah nak pergi lagi tapi kene tgk calender dulu




Hai Nad... Ni Liya.. Ingat lagi tak? Comelnya anak korang..... Lia sebelah department ngan Yanie.... Tue 18-Sep-2007 02:57
Posted by:liya fadzliah@cmc.gov.my
Lia,mesti la ingat.Hari tu yani ada bgtau.X sangka jumpe thru sepupu.Anyway,lia x de fotopages ker?anak dah berapa dah? Tue 18-Sep-2007 07:35
Posted by:mamaHayyan
Add comment


Friday, 7-Sep-2007 04:27 Email | Share | | Bookmark
Continue ( Hot Spring Sg Klah)

Hayyan wit maksu Idah
 
 
View all 6 photos...
Sambungan dari cerita kolam air panas sebelum ni.Entry kali ni pasal aksi2 hayyan masa kat kolam air panas awam.Seperti yang mama cerita sebelum ni,kami x dapat mandi kat private pool or jacuzzi,so kami berendam kat kolam awam.







Kolam awam ni boleh tahan besar jugak.tapi kami satu famili lepak2 kat bahagian cetek jer which is kat area gigi air gitu.sebab nyer ada budak kecik hayyan ni la.kalo pergi sebelah sana dalam sikit.tapi bahaya la kan.sebab hayyan dia mesti nak buat apa kita buat.kalo kite duduk bersila dalam air pun,dia nak buat sama.

Itu pun hayyan ada hati nak ikut abi dia pergi sebelah air dalam.Tapi nasib baik x jadi sebab si hayyan dah panggil2 abi dia.terpaksa abi patah balik n join mama,hayyan n maksu idah berendam kat bahagian yang paling x mencabar.hehehehe

Air kat tempat kitorang berendam cume paras pinggang hayyan.heheheee...sikit punye cetek daaaaa air dia.Hayyan memang ketara sangat suka main air.Sampai jari2 kaki tangan kecut habis.mama lupe nak amik gambar.Tapi takut jugak la tengok.Sebab jari budak kecik kan .bile kecut nampak semacam jerr... Itu pun dalam dok sejuk terketar2 masih lagi nak main air.

Kat area air panas ni ada satu signboard besar bertulis "Pengunjung yangmenghidapi sakit jantung,darah tinggi,lelah etc tidak di benarkan masuk ke dalam kolam".Begitu la lebih kurang ayat nyer.Emm bagus juga derang nih.Buat precaution signboard.so org2 berkenaan lebih berhati2.Walaupun begitu kalo pengunjung yg tersebut nak jugak masuk kolam air panas ni mama rasa cukuplah setakat rendam kaki jer.X perlula rendam seluruh tubuh.takut nanti lain pulak jadinye.Kalo nak ikutkan mama pun lelah.Memang pun orang lelah ni x leh terlalu panas n terlalu sejuk.mama pun berendam setakat termampu jer.huhuuuuhu

Lagi satu kat kolam ni ada papan tanda bertulis " no pampers,no food,no floaties ect" tu je yg mama ingat.Nasib baik hayyan memang x ber"diaper" kalo x jenuh nak b*gelkan dia kat situ.hehehee...

re : nadia, tu mase danial masuk zapin peringkat zon.. bebudak tu lawan categori bercerita kot,..costume tak taulaa sbb depa tu sekolah lain cute kan costume mcm tu Tue 11-Sep-2007 06:15
Posted by:maya amir msapphire7@yahoo.com  - [Link]
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan. نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
Lafaz Niat Puasa.
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala :
Buat sahabat beragama Islam.. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ
seiring akan datangnya Ramadhan,kupohon maafkankah segala kesalahanku..
Wed 12-Sep-2007 08:16
Posted by:mommy_d&d
Jpm ambik takaful cerdik untuk Hayyan dimana dapat coverage protection, hospitalization, medikal kad dan investment/simpanan pendididikan di www.myprubsn.com Sun 21-Oct-2007 01:00
Posted by:Azwira azwirajusoh@prupartner.com.my
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 07:12 Email | Share | | Bookmark
Hot Spring Park Sungai Klah,Sungkai, Perak

 
 
 
View all 8 photos...
Last Saturday - 1 September 07 ,kami satu family pergi holiday ke Kolam Air Panas di Sungkai,Perak.Hot spring ni terletak di dalam kawasan felda.Masa tu kami pergi dengan harapan tak ramai orang yang pergi.Sebab kami bajet mesti orang x tau tempat ni.







So lepas 2 jam lebih perjalanan kami pun sampai.Masa mula 2 exit Sungkai nampak signboard ke Hot Spring dalam 6-7 km gitu.Ingatkan jalan terus je rupe2 nye jauh ke dalam.Lalu ladang kelapa sawit etc.Jalan kecik lak tu.huhuhuhu..seram mak.Paling seram jalan dia macam roller coaster.Turun naik turun naik.Paling buat mama ni kecut perut,hati jantung seme bila berselisih ngan bas.tau2 je la bas besor mana.peh tu laju lak tu.pergh rasa macam nak menangis pun ada bila tengok bas meluru laju kat depan mata.nasib baik abi ialah pemandu yang cekap.yang penting dia cool.kalo mama yg bawak sah2 dah masuk longkang kat tepi tu sebab nak elak bas tu.

Apa2 pun kami selamat menharungi jalan yang x berapa nak mencabar tu.Masa sampai kt entrance nampak kete kat parking boleh tahan banyak.Aikss heran la kami sekuarga sebabnye ingat orang x tau tempat tu.
Sampai je terus beli tiket.Harganye RM7.Bole la ..x la mahal kan.Pastu abi kata boleh parking kt dalam.Sebab kalo parking luar jauh lak nak berjalan.Bile sampai kat dalam lagi la kami terkejut sebab keta banyak sangat.Sampai nak parking pun kene queue.Pergh ada yang parking overlap lagi.Emm takpela nak wat cemana kan.Sapa suruh datang lambat..hehehe

Then,bermula la holiday kami di situ.Benda yang mula2 yang kami carik ialah family jacuzzi.Ye la alang2 datang nak la merehatkan badan dalam jacuzzi air panas. Sampai kat tempat jacuzzi tu kami di kejutkan dengan berita bilik2 jacuzzi itu telah fully booked.Ohh tidakkkkkk!! Hancur luluh harapanku nak berendam ayor paneh.








Hayyan tengah makan chicken popper laaah..

Kami pun dengan frustnyer pergi ke bahagian cold pool which is kolam air gunung dari banjaran Titiwangsa gitu.Kat situ pun okay gak walaupun orang ramai n pool almost full tapi mama n hayyan x sabor2 dah nak berendam dalam tu.Air tu sejuk walaupun x lah sangat.Lepas mandi perut pun lapor so makan la sekejap peh tu sambung balik mandi.Hayyan excited sangat mandi sampai x mo naik.Bile kite nak angkat dia naik atas,dia kata "tak nak..tak nak.." siap buat memek muka menangis .Aiseh..mama dah pening kepala dah.Last2 mama angkat jugak.Mama tengok hayyan dah gelap sikit.especially kat bahagian dua2 lengan.Aiseh anak mama sudah hitam daaa...nasib baik muka tak gelap.Padahal masa mandi waktu tu x panas sangat pun.

Disebabkan kami x dapat berendam dalam family jacuzzi due to ramai orang dh booked in advanced,kami pun merendamkan badan kat hot pool awam.emm takpela..yang penting dapat jugak berendam dalam kolam air panas.Emm mesti orang ingat air panas ni kalo nak mandi boleh je masak sendiri kat umah,hehhee..tapi silap daaa..sebab air kolam ni datang dari punca air panas yang memang ada kat situ.Sebab itula ada satu tempat tu memang untuk rebus telur sahaja sebab temperature air tu mmg sangat tinggi.Tak sesuwai untuk merendam kaki ye makcik-makcik. Takut nanti ada pulak kaki yang kene rebus.hehhehehe..



Kawasan punca air panas juga di buat pagar supaya x ada kanak2 atau orang dewasa yang tak tau membaca pegi rendam badan kat situ pulak.Pas tu ada tempat untuk pejalan kaki. ala...yang ada batu timbul2 tu dan yang menariknyer kawasan pejalan kaki tu ada air panas bertakung.Maknanyer dapat 2 in 1 la.sihat sebab berendam air panas n pijak batu2 timbul untuk merangsang point kaki mcm refleksologi.

Tapi kami x sempat ke situ sebab dah petang sangat n hari nak hujan.Apa2 pun holiday kali ni memang best sebab kali pertama mama berendam dalam pool. Sebabnyer sebelum ni mama x suke langsung nak mandi swimming pool tapi kali ni berbeza sebab air ni air dari gunung dan dari dalam bumi.ihikkss...

Emm rasa nak pergi lagi..nanti mama nak pastikan yang kami dapat mandi dalam famili jacuzzi tu.

suz,memang best sangat.Aku x pernah bawak hayyan mandi ayor terjun sebelum ni.Swimming pool tu biasa ler.Tapi memang first time aku mandi ayor paneh ni.Hayyan pun macam sofy gak..balik je kl terus selsema.Kene plak masa balik tu hujan.Apa lagi,meleleh le jawabnyer.. Mon 10-Sep-2007 04:37
Posted by:mamaHayyan
aku pun nak pergi hot spring
ni tapi asal aku pergi dulu lain tapi sekarang dah lain...
kalau aku pergi dulu sotong
kurita memang ada tapi
aku tengok tak ada pun slide
warna oren...Kalau aku pergi dulu
ada slide lepas tu ada air pancut...
Wed 24-Dec-2008 05:26
Posted by:shinee nhlulubelle99@gmail.com
ooo...ktok tmpat kte erk???
i ank jti tmpt 2 tw...
Wed 11-Feb-2009 03:32
Posted by:ank sg klah ogymnaje@yahoo.com.my
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 25-Jul-2007 06:15 Email | Share | | Bookmark
Dari Kacamata seorang musafir....

This picture was taken august last year.We're on the way to Miri,Sarawak.



Emm.. what a beatiful view...really missed it!


razi,lebih kurang la tu..lama x gi jenjalan jauh2 ni.asik kerja jer....penat la Fri 10-Aug-2007 02:05
Posted by:mamaHayyan
sampai gak le hayyan n family ke sarawak....kami blom lagi... Thu 16-Aug-2007 05:40
Posted by:mama adam & ammar  - [Link]
salam nadd...salam from khartoum....anyway...dah lama lyn tak masuk fp ni...happy belated besday...punyelah belatednye....best kan dpt suprise party
anyway..semoga berbahagia sepanjang hayat dan bile nak tambah lagi...
Sun 26-Aug-2007 09:15
Posted by:Lyn nazlynrosli@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 11-Jul-2007 08:16 Email | Share | | Bookmark
Sejarah Nama Hayyan

 
Quote:

jeff - TQ...

Ouled Kenitra - Thanks for the info.Hayyan memang bermaksud hidup @ kehidupan.Zarif plak bermaksud periang @ keriangan.So bila sambung jadilah makna Kehidupan yang meriangkan atau mengembirakan.








Ini ialah sejarah nama orang yang mama berkenan sangat namanye.Seorang ilmuwan Islam yang terkenal.Juga dikenali di barat sebagai Geber.Semoga Hayyan membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi seorang ilmuwan.Insyaallah...Amin





Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia Dunia
Bidang : Tokoh Ilmuan | Hits : 1887

Ilmuan Islam: Bahan penulisan Bapa Kimia Dunia diguna hingga kini

Dunia hari ini melihat seolah-olah umat Islam sudah hilang kekuatan dan zaman kegemilannya yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Namun, dunia Barat hari ini lupa bahawa bahan-nahan yang dirujuk oleh mereka untuk membentuk dan mencipta kejayaan datannya dari umat Islam yang tersohor suatu ketika dahulu. Kini, kita perlu mengimbau kejayaan umat Islam dalam bidang kimia iaitu Jabir Ibnu Hayyan yang digelar Bapa Kimia Dunia rentetan daripada aplikasi yang dilakukan dunia terhadap hasil kajiannya.
Bapa Ilmu Kimia Dunia, Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan, turut menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris. Selain itu, beliau juga mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya: Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida. Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi serta bahan campuran yang boleh ditukar menjadi serbuk. Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan al-kimia (Al-Kimiya daripada bahasa Arab) dan ilmu kimia. Beliau yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia al-kimia atau dalam erti kata lain, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden.

Pada abad pertengahan, risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia, termasuk kitabnya yang masyhur iaitu Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy. Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury. Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection. Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuwan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah. Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh besar kepada evolusi ilmu kimia moden. Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit saja yang diterjemah manakala sebahagian besar karyanya masih kekal dalam bahasa Arab.

Jabir Pelopor Bidang Kimia Gunaan

Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria turut terkenal dengan peralatan pedang apabila Suyuf ad Damas atau pedang Damsyik pernah disebut dalam kitab Al-Kindi. Di Barat, keluli damascus (damascus steel) menjadi lambang mutu peralatan pisau dan pedang yang terbaik pembuatannya di dunia sehingga hari ini, malah senapang lama dua laras buatan tangan masih kekal dengan gelaran laras damascus. Warisan seni pertukangan logam di Damsyik melalui proses evolusi yang panjang sebelum tiba ke kemuncak kegemilangannya.

Kemunculan logam baru bermutu tinggi bertitik tolak dari usaha seorang remaja, Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan yang diberi gelaran. Si Geber dari Abad Pertengahan. Dia juga turut dikenali Bapa Ilmu Kimia Dunia. Sejarah dan pencapaian tokoh ilmuwan yang menyinari tamadun Islam dengan penemuannya yang membawa perubahan besar dalam kehidupan manusia hari ini. Kemasyhuran Jabir Ibnu Hayyan juga turut mendapat pandangan pakar tempatan iaitu Prof Dr Ibrahim Abu Talib dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dr Azman Jalar (Pusat Pengajian Fizik Gunaan, UKM). Selain itu, Jabir Ibnu Hayyan juga Berjaya mengasaskan kaedah penyulingan pertama di dunia yang menempatkan beliau sebagai sebagai ilmuwan terkemuka bidang perubatan dan kimia di Kufah (sekarang Iraq) sekitar 776 Masihi.


Pada peringkat awal kerjaya, Jabir pernah berguru dengan Barmaki Vizier pada zaman Khalifah Abbassiyah pimpinan Harun Ar-Rasyid. Bagaimanapun, beliau tidak mengambil bulat-bulat ilmu teori yang diajar kepadanya. Sebaliknya berusaha sendiri melakukan uji kaji sehingga berjaya menghasilkan proses penyulingan yang disebut taqtir menggunakan peralatan kaca dilengkapi corong panjang yang bertindak sebagai kondenser (alat pengental). Penemuan bahan mineral dan asid, yang disiapkan pertama kali dalam penelitian mengenai alembik (Anbique) membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah. Jabir banyak mengabdikan diri melakukan percubaan dan pengembangan kaedah asas ilmu kimia serta kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan.


Beliau menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku.
Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir meletakkan dasar ke atas hukum nisbah tetap. Sumbangan paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksida dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.

Beberapa kejayaan dalam bidang kimia ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik dan tartarik. Umum tidak mempertikaikan penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini. Kerana itulah, beliau diberi gelaran Bapa Ilmu Kimia Moden oleh rakan sejawatnya di seluruh dunia. Pemikir Barat, Max Mayerhaff, dalam tulisannya ada menyebut bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah, maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya Jabir Ibnu Haiyan. Tegasnya, Jabir adalah seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian da penyamakan kulit.

Justeru, jelas membuktikan bahawa umat Islam masih lagi dikagumi dan dijaddikan model untuk kemajuan Barat. Namun, mengapa tidak umat Islam sendiri yang mengkaji dan mendasari ilmu yang sepatutnya diwarisi sejak berzaman untuk mengembalikan kunggulan tamadun Islam di mata dunia.


Di ambil dari http://www.islamhadhari.net/v4/tokohislam/detail.php?nkid=4

>> comel... Wed 11-Jul-2007 08:47
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Malam hari suasana sepi
Jampuk berbunyi di pohon tinggi
Susah sungguh nak update fp
Asyik sibuk ke sana ke sini
Wed 11-Jul-2007 09:48
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
maknanya nama hayyan adalah diambil dari nama bapa jabir, kerana tokoh itu benama jabir anak kepada hayyan. walau apapun hayyan yang bermakna hidup adalah salah satu dari 20 sifat Allah... Mon 16-Jul-2007 03:25
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Friday, 6-Jul-2007 09:16 Email | Share | | Bookmark
I've been tagged!

Quote:

erna - sorry la hang x dapat nak tag aku.aku sudah kene tag ngan orang lain dulu daaaaaa...

mama-ainaa - nana sorry la.nadia terlupa nak tinggal jejak kt fp nana sebelum tag.mak teruja gitu.

suz - takpelah walaupun ko cume mak sedara tapi apa salahnyer ko citer sejarah nama si sopy tu.heheheh


hahahaha..kene tagged ngan kak farah.actually dah kene tagged ngan banyak orang tapi x tau plak ada requirement disebalik tagging tu.since skang mama dah tau,kene la fulfill all those requirements.

emm first requirement....Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).

Emm macamana boleh letak nama hayyan???Nama penuh hayyan ialah Muhammad Zarif Hayyan.Nama manja Hayyan atau kadang2 mama panggil dia Yayan.Tapi mama x mo biasakan panggil Yayan.takut tahapapa plak maksudnyer.Mama dah start panggil Hayyan since dia dalam tummy lagi.Masa tu hari2 cakap ngan dia dengan nama panggilan Hayyan.
Alih2 bila dah keluar both mama & abi panggil hayyan ngan nama Zarif.Emm kuat melalak jugakla masa dalam pantang tu.mungkin sebab dia rasa bukan nama dia kot.Last2 kitorang tukar panggil nama Hayyan balik sampai la sekarang.
Mama berkenan sangat ngan nama Hayyan sebab tengok ilmuwan islam ada sorang tu nama Jabir Hayyan.Ingat mmg nak bagi nama Jabir Hayyan tapi pikir2 balik takut nanti bila dia dah besar kawan2 ejek nama dia Jabir ke apa ke..tu yang carik nama lain b4 Hayyan.Tu yang dapat nama Zarif.So setakat ni je sejarah nama hayyan.....


Sekarang mama nak tagged kawan2 lain plak..
Orang-orang itu ialah.......
1.Sone @ http://diamilikku.fotopages.com
2.K.eyna @ http://zalinazh.fotopages.com
3.Zaki @ http://shauqiena.fotopages.com
4.Nana @ http://mama-aina.fotopages.com
5.MakLang Sofy aka Suz @ http://aisyasaffiya.fotopages.com

weiii..aku baru je nak tag hanggg takpa aku cari mangsa lain

Tue 10-Jul-2007 10:21
Posted by:mommy_d&d  - [Link]
weh kalu nak tag pun tinggal lah jejak.. tau2 bkk fp hang nama nana ader la pulok Wed 11-Jul-2007 06:27
Posted by:mama-ainna anana_arief@yahoo.com
aiks! tagged lah ibu2 sahaja..bukan ibu saudara
emm nanti aku tanya mama sofy sejarah nama anak dia..
then aku post entry meng'tag' ye
p/s: tu la takde jejak pun kan nana tetiba kena tag huhu..
Thu 12-Jul-2007 15:43
Posted by:maklang sofy  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.